Seramai 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan akan diberikan bantuan sebanyak RM500 seorang secara one-off membabitkan peruntukan RM40 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Covid-19 yang diumumkan hari ini membabitkan peruntukan sebanyak RM127.78 juta.
Beliau berkata, penjaja-dan peniaga yang terbabit juga akan dikecualikan sewa premis masing-masing bagi meringan beban akibat kehilangan punca pendapatan utama.
“Pengecualian sewa akan diberikan kepada lapan puluh ribu 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis dengan peuntukan RM12 juta.