TERKINI : Pusat Tahfiz dan Pemegang Kad UNCHR “JANGAN TAKUT!!!” – Annuar Musa

Kementerian Wilayah Persekutuan menggesa pusat tahfiz dan beberapa persatuan di Kuala Lumpur yang terlibat dengan perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling tampil secara sukarela membuat saringan wabak Covid-19 dengan segera.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerjasama mereka yang terbabiy itu amat diperlukan demi kebaikan semua rakyat secara keseluruhannya.

Jelas beliau, pihaknya melalui pelbagai agensi akan menjejaki mereka yang terlibat itu hasil maklumat yang sedia apabila terdapat organisasi yang mengetuai golongan tersebut.

“Bagi yang memegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) atau tidak memiliki dokumen, ini bukan masanya untuk takut melakukan kesalahan tertentu.

“Begitu juga tujuh pusat tahfiz yang tidak berdaftar dengan JAWI. Ini kerana jika mereka tidak melakukan saringan, ia akan memberi kesan bukan sahaja kepada diri sendiri tapi juga orang lain,” katanya.

1 Komen

  1. Disamping kita mencari penyakit co19 ini merebak.
    Apa salah nya kerajaan juga mencari sbb Allah turunkan bala.

    Kot.. Kot pengkhianatan yg kerajaan baru ni buat asbab bala ini bertambah teruk.
    Kita tengoklah 14 hari ini

Comments are closed.