Home Seni Hidup Duduk rumah janganlah merayau – Siti Nurhaliza

Duduk rumah janganlah merayau – Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Siti Nurhaliza turut tidak ketinggalan menasihatkan rakyat Malaysia duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagaimanapun penyanyi berusia 41 tahun itu tampil menyanyi bagi mendidik masyarakat dengan mengubah suai lirik lagu dendangannya, 7 Nasihat bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta.

“Nasihat jangan tak dihirau, duduk rumah janganlah merayau, corona virus haruslah di risau, duduk rumah janganlah melilau,” kongsinya penuh makna dalam IGTV.

Penyani lagu Anta Permana itu turut menasihati orang ramai terus berada di rumah demi keselamatan diri dan orang sekeliling.

“Anda boleh berada di rumah. Anda boleh bekerja dari rumah. Anda boleh meluangkan masa dengan orang tersayang di rumah. Segala-galanya bermula di rumah. Dan kita harus menjaga rumah kita.

“Jadi, jangan lupa seluruh rakyat Malaysia berdisiplin tau. Janganlah keluar rumah. Janganlah melilau,” kongsinya dalam IGTV berkenaan.

Menerusi minit awal IGTV, Siti berharap peminat dan masyarakat terus duduk di rumah demi keselamatan diri dan orang lain.

“Assalamualaikum, saya seperti anda juga berada di rumah bagi pengawalan pergerakan.

“Saya percaya seluruh rakyat Malaysia mampu melakukan. Buatlah apa yang terbaik dan apa yang diminta kerajaan kita demi mengelak orang tersayang dan diri anda daripada terjebak dengan virus Covid-19 ini.

“Saya percaya anda semua boleh lakukan,” kata ibu kepada Siti Afiyah itu lagi.

Siti juga memuat naik foto memegang sekeping kertas berserta mesej di laman Twitter dengan kapsyen, “Pengawalan Pergerakan. Duduk Di Rumah. Stay At Home. Tolong jangan sebarkan lagi virus ini. #dudukrumah #stayathome,” tulisnya. – MalaysiaGazette