MENYANGKA orang yg jalani self-kuarantin 14 hari adalah seolah-olah sudah disahkan positif COVID. Padahal belum tentu lagi. Akhirnya, ramai yg pandang serong hanya kerana sifulan jalani kuarantin.
Bagi orang tabligh, kalau buat kurantin pun dipandang serong, tak kuarantin pun akan dipandang serong.
Kalau dah habis tempoh kurantine 14 hari iaitu tamat 16 Mac, maka boleh la dibebaskan daripada kuarantin untuk keluar rumah.
Tetapi bermula 17 Mac, SEMUA orang tanpa kira tabligh ke tak, perlu taat kepada perintah kawalan pergerakan, tetapi untuk keluar rumah beli makanan atau ada perkara dikecualikan.
2- Menganggap bila pertama kali seseorang pergi check-up, disangka mesti diambil sampel air liur dan sebagainya.
Sedangkan, hakikatnya, bila dtg untuk saringan kali pertama, hospital kerajaan hanya check suhu badan & tanya simptom2 & past history. (Nanti HR tanya, result test ambil sampel mana? Sebab persepsi orang awam masih tak faham.)
3- Bila boleh ambik test sampel air liur etc? Kalau ada simptom batuk, demam & sesak nafas, maka baru lah doktor ambil sampel test sama ada positif atau negatif COVID. Jika anda tiada simptom, doktor akan suruh balik rumah self-kuarantin 14 hari.
Walaupun anda meminta agar diperiksa ambil sampel, namun SOP hospital tak membenarkan/tak dilayan.
Ada kes di mana ahli jemaah tabligh diambil sampel pertama kerana demam.
Result disahkan negatif, tapi demam makin teruk.
Selang bbrp hari, sifulan dtg lagi hospital utk minta buat lagi sekali ambil sampel tetapi hospital tak mahu ambil sampel walaupun demam dan suruh kuarantin di rumah.
Setelah berulang alik hospital dlm keadaan lemah, akhirnya pergi dapatkan surat sokongan drpd klinik KK, barulah doktor di hospital mahu mengambil sampel dan resultnya sifulan disahkan positif COVID.
Tindakan hospital tak mahu mengambil sampel telah melambatkan pesakit mendapat rawatan dan telah merisikokan anak dan isteri pesakit kerana kuarantin di rumah.
Ini orang awam tak tahu, bhw betapa komitednya orang tabligh nak buat check up. Ini kisah benar yg menyedihkan. Pesakit kini masih dlm rawatan.
3- Caj buat ujian ambil sampel di klinik swasta ialah RM700 seorang. Kalau by group 10 orang, dpt diskaun RM500 sekepala. RM200 hanya untuk kos makmal. Ini tak semua orang mampu.
Ada klinik swasta tak buat check sampel, suruh pegi hospital kerajaan. Hospital pula tak mahu buat jika tiada simptom. Akhirnya Self-kuarantine aje di rumah.
4- Ramai jemaah tabligh rakyat tempatan ‘tersangat’ mahu buat test sampel air liur dan sebagainya, bukan setakat test suhu badan saringan awal. Tapi tak dibenarkan. Orang tabligh nak sgt buat check up sebab:
i- bagi yg bekerja, majikan nak surat dah buat saringan. jadi yg org tabligh mesti beri bukti dah buat saringan, jika tidak, dia akan bermasalah dgn HR. jadi awal2 lagi orang Msia ni nak buat saringan utk clearkan namanya & jaga periuk nasi.
ii- dia pun nak tahu juga… terkena virus atau tidak. sebab tak mahu jangkiti isteri anak2 famili & org lain.
iii- org tabligh Msia biasa taat kpd syura. bila syura suruh ikut arahan KKM maka sejak day 01 mrk dah dtg buat saringan. sifat org tabligh ialah taat kpd pemerintah, ulul amri. Itu tuntutan agama.
5- Hospital Kuala Lumpur perlu dipuji kerana beri peluang untuk ahli jemaah test sampel. Tapi satu hari terhad hanya 50 orang. Saya cuba daftar hari Khamis, dapat giliran pd Ahad depan.
Hari-hari sebelum tu semua dah penuh dgn orang Tabligh yg tersangat nak test sampel. (walaupun media dihujani story2 desak serah diri, dijejaki, hakikat yg berlaku berbeza).
6- Cerita kononnya ijtimak dihadiri 16K dan hanya 12K yg buat saringan manakala baki 4K masih tak buat saringan – adalah tak tepat.
Sebenarnya lebih kurang 12K+++ shj yg hadir, dan KKM mengesahkan dah 12K buat saringan. Maka yg belum buat saringan plus minus tak sampai pun 1K+++.
7- Cerita kononnya orang tabligh tak mahu buat check up sebab tak takut virus nak tawakal shj. Ini pun spin. Media ada spin, agamawan (barangkali tak sengaja) pun ada spin.
Hakikatnya takde yg guna alasan itu untuk tak mahu check up. Sejak awal2 lagi ulama dlm tabligh dan syura suruh ikut arahan KKM. Dan ahli tabligh diminta buat dua perkara iaitu:
1) Ikhtiar zahir.
iaitu berusaha buat saringan, jumpa doktor, taat KKM, taat pemerintah, makan ubat jika sakit, dan buat apa2 sahaja yg diminta oleh pihak kesihatan & keselamatan. ambil langkah2 kebersihan diri, keselamatan etc.
Taat kpd arahan pemerintah spt ini adalah tuntutan agama.
2) Ikhtiar batin
Baca surah taghabun, surah yasin, solat hajat, byk berdoa, dan tingkatkan amalan2 di rumah. byk baca quran
Kedua2 ini perlu dilakukan pada waktu ini.
(Diambil dari Facebook Sahbulah Mohamad Darwi setelah mendapat keizinan)
Harap banyak2 bersabar, persepsi yang buruk dari segelintir masyarakat!
MG minta siarkan berita2 begini. Di chanel lain mcm2 org kata tabligh ni, secara tak langsing hina Islam (mayb polis tunggu report baru tutup chanel penghasut tu). Kerajaan pun minta smart sikit bg statement, tak semestinya menteri, KP atau DG berpengalaman boleh terangkn SOP utk kecemasan.