KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menafikan sekeras-kerasnya rakaman nota suara dan mesej yang tular mendakwa pasukan keselamatan itu akan memukul mana-mana individu yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat berhenti menyebarkannya dengan serta-merta kerana mesej atau informasi tersebut boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat.
Rakaman nota suara dan mesej informasi yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan lain-lain medium media sosial adalah seperti berikut:
”Assalamualaikum, Selamat Petang semua sekali, saya nak telefon sorang-sorang saya tak mampu. Jadi saya maklum dalam group ni jelah. Kami semua sekali angkatan tentera dah
buat persiapan. Nampaknya kalau sesiapa yang melanggar arahan Perintah Kawalan ni dengan tak cakap banyak terus pukul ……” – berdurasi 39 saat.
”Pihak Kementerian Pertahanan Akan Memohon Bantuan Veteran Tentera Ketiga Tiga Perkhidmatan Untuk Membantu Pihak Berkuasa Dan Negara Bagi Menjalankan Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Orang Awam Seluruh Negara….”.
Tegas beliau, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Affendi berkata, masyarakat tidak perlu bimbang apabila melihat kehadiran anggota ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara kerana ini merupakan tugas sekunder ATM di waktu aman iaitu berperanan membantu pihak berkuasa awam dalam memelihara keamanan negara.
Sebaliknya, orang ramai perlu bekerjasama dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan agar usaha membendung penularan Covid-19 dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
ATM akan membantu polis memastikan orang ramai mematuh pelaksanaan PKP mulai jam 12.01 pagi esok. – MalaysiaGazette
Biasalah tu.. Yg palsu banyak dicipta oleh setan!!
Demi nyawa rakyat…….yg degil2 tu lawan nya kekerasan. kena gunakan kekerasan. Bwak sekali truck polis/tentera. Sumbat terus dalam truck. Apakah mahu lebih ramai lagi nyawa yang akan terkorban?