Home MGNews TERKINI : Dua Kakitangan KKM Kini Sedang Dirawat di ICU – Dr....

TERKINI : Dua Kakitangan KKM Kini Sedang Dirawat di ICU – Dr. Noor Hisham

Sehingga kini, 19 kakitangan KKM dan 5 petugas daripada fasiliti kesihatan swasta telah disahkan dijangkiti COVID-19.

Dua (2) daripada 19 orang kakitangan KKM tersebut kini sedang dirawat di ICU.

Punca jangkitan bagi kesemua 19 anggota kesihatan KKM terbabit BUKAN disebabkan oleh ketidakpatuhan mereka semasa mengendalikan kes COVID-19 di peringkat fasiliti masing-masing.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua mereka merupakan kontak rapat generasi pertama dan kedua melibatkan kluster jemaah tabligh.