Home Nasional Pengunjung Pasar Chow Kit tidak jaga jarak, jumlah pembeli tidak dikawal

Pengunjung Pasar Chow Kit tidak jaga jarak, jumlah pembeli tidak dikawal

Orang ramai kelihatan memakai penutup mulut dan hidung ketika mendapatkan bekalan bahan mentah pada hari ke lima Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 22 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Meskipun diingatkan untuk menjaga jarak, memakai topeng penutup hidung namun rata-rata orang ramai di Pasar Chow Kit masih tidak mematuhi arahan.

Peniaga ayam Husin Mohd, 32, berkata, tidak semua pelanggan mengikuti arahan jaga jarak sebaliknya pembelian dan penjualan berjalan seperti hari biasa.

Peniaga, Husin Mohd bercakap kepada media pada hari ke lima Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 22 MAC 2020

“Jarak kurang juga yang ikut tapi kalau seorang seorang yang datang tidak serentak itu ada juga,” katanya yang telah berniaga hampir 20 tahun di pasar itu kepada MalaysiaGazette.

Begitu juga peniaga buah Indera Setia yang melihat arahan kerajaan itu hanya dipatuhi sebilangan sahaja pelanggan yang datang.

“Ada yang melihat orang datang masuk, ada yang tunggu, ada yang tidak,” katanya.

Hari ini dilaporkan hanya 50 orang sahaja dibenarkan masuk membuat pembelian di Pasar Seksyen 6 Shah Alam. pada satu-satu masa.

Namun ia tidak dilaksanakan oleh pengunjung pasar di ibu kota ini.

Hasil pemerhatian MalaysiaGazette mendapati penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meronda di kawasan pasar menggunakan pembesar suara memberi peringatan kepada orang awam supaya menggunakan topeng penutup hidung dan menjaga jarak antara satu sama lain.

Pasar itu juga tidak menghadkan jumlah kemasukan pembelinya.

Peniaga, Liza bercakap kepada media pada hari ke lima Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 22 MAC 2020

Sementara peniaga yang hanya dikenali sebagai Liza, 36 berkata, DBKL ada membuat rondaan di sekitar pasar tersebut.

Bbagaimanapun tidak semua pengunjung yang mematuhinya.

Selain itu, beliau menyuarakan kekeliruannya terhadap waktu penutupan operasi pasar yang dikuatkuasakan. – MalaysiaGazette