TERKINI : Sekatan Jalan Raya 24 Jam, Elak Penyamun-Penyamun Ambil Kesempatan

Ibu Pejabat Daerah Polis Petaling Jaya akan mengadakan sekatan jalan raya 24 jam sehari di beberapa lokasi penting sepanjang ‘Ops Covid19’.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, pihaknya turut mendapat bantuan 31 anggota pelbagai pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tujuan itu.