![bill](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/03/bill-1-640x360.jpg)
NEW YORK – Wabak koronavirus di sini semakin buruk dengan kekurangan bekalan perubatan, kata Datuk Bandar.
“Kami ada kira-kira 10 hari sahaja untuk mengalami kekurangan itu. Jika kami tidak mendapat ventilator, pesakit akan mati,” kata Bill de Blasio.
New York kini menjadi pusat penularan wabak di Amerika Syarikat dan mewakili hampir separuh kes di Amerika Syarikat.
Terdapat 31,057 kes di seluruh negara dengan 380 kematian.
Gabenor New York, Andrew Cuomo berkata, seramai 15,168 orang didapati positif virus itu, kenaikan lebih daripada 4,000 kes berbanding sehari sebelumnya.
”Semua warga Amerika Syarikat berhak mendapat kebenaran. Keadaan makin buruk dan hakikatnya pada bulan depan dan Mei keadaan dijangka sangat teruk,” ujarnya.
New York kini mewakili kira-kira 5% kes Covid-19 di seluruh dunia.
Jumaat lalu, Presuden Donald Trump meluluskan pengisytiharan bencana besar bagi negei itu, yang mana ia boleh mengakses bilion dolar bantuan. – MalaysiaGazette