HONG KONG – Seorang doktor yang ditugaskan melakukan saringan ke atas para penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong disahkan positif Covid-19.
Doktor wanita itu bertugas di lapangan terbang berkenaan sejak 16 Mac lalu, kini menerima rawatan di Prince of Wales Hospital di Sha Tin.
”Beliau bertanggungjawab untuk menurunkan tandatangan bagi arahan kuarantin kepada penumpang, juga menyoal para penumpang,” menurut sumber.
Setakat ini belum diketahui bagaimana beliau dijangkiti dengan virus itu.
Beliau adalah doktor pertama Hong Kong yang dijangkiti Covid-19 ketika bertugas.
Difahamkan, doktor-doktor yang bertugas di lapangan terbang hanya memakai penutup mulut dan hidung dan pelindung muka sahaja.
Hong Kong melaporkan sebanyak 44 kes pada hari Ahad, kedua tertinggi dalam tempoh sehari. – MalaysiaGazette