KUALA LUMPUR- Petronas menyumbang RM20 juta peralatan dan bekalan perubatan untuk membantu hospital-hospital dan barisan hadapan penjagaan kesihatan bagi mengurangkan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.
Sumbangan yang dibuat menerusi sayap tanggung jawab sosial korporatnya (CSR), Yayasan Petronas akan dilaksanakan secara berperingkat melalui kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA).
KKM dan NADMA akan menyalurkan peralatan dan bekalan perubatan kritikal termasuk ventilator, katil dan tilam hospital, kamera pengimejan haba, thermometer digital, kit ujian saringan virus, penutup hidung dan mulut serta Peralatan Perlindungan Diri (PPE) ke hospital-hospital COVID-19 dan pusat-pusat kuarantin.
Cecair pembasmi kuman juga akan disediakan kepada rumah-rumah orang tua terpilih.-MalaysiaGazette