Home Nasional Laporan MG mengenai warga asing di pasar borong tarik perhatian Mazlan

Laporan MG mengenai warga asing di pasar borong tarik perhatian Mazlan

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim menggunakan pembesar suara untuk memberikan pengumuman kepada orang ramai yang keluar rumah ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 24 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Laporan MalaysiaGazette mengenai sikap tidak peduli warga asing yang tinggal di sekitar Pasar Borong Selayang terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 ternyata telah berjaya menarik perhatian pelbagai pihak.

Tidak ketinggalan Ketua Polis Kuala, Datuk Seri Mazlan Lazim yang terus menyebut video MalaysiaGazette sebaik tiba di Pasar Borong Kuala Lumpur untuk melakukan tinjauan tentang pematuhan PKP dalam kalangan warga asing di situ.

“Video viral MalaysiaGazette, siapa MalaysiaGazette,” kata Mazlan sambil disahut pegawai-pegawai serta rakan media yang menunggu ketibaan Ketua Polis Kuala Lumpur itu.

Laporan berbentuk video langsung Facebook itu telah merekodkan 2 juta tontonan di laman Facebook, 133,000 di YouTube dan 81,000 tontonan lagi untuk video rangkuman.

TERKINI : MENCEMASKAN!!! Warga Asing Dakwa Tak Tahu “Perintah Kawalan Pergerakan”

Tinjauan yang dibuat pada hari ketiga penguatkuasaan PKP itu memperlihatkan sikap acuh tak acuh warga asing di sekitar Pasar Borong Selayang yang terletak tidak jauh dari Pasar Borong Kuala Lumpur.

Rata-rata menjalankan aktiviti harian seperti biasa termasuk membuka perniagaan kedai makan, menjual di kaki lima jalan dan membiarkan kanak-kanak bermain beramai-ramai tanpa memakai topeng muka jauh sekali menyediakan sanitizer. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

1 Komen

  1. Mengapa di belai sangat warga asing yg x tahu menghormati undang2 makin hari makin naik kepala negara orang buat mcm negara sendiri , adakah di sebab kan undang2 atau sikap orang msia sendiri Yg mudah bertimbang rasa

Comments are closed.