KUALA LUMPUR – MBSB Bank Bhd akan menutup 15 cawangannya buat sementara waktu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok.
Menurutnya, penutupan tersebut dibuat bagi mengurangkan pendedahan risiko Covid-19 dalam kalangan pelanggan dan kakitangannya.
Bagaimanapun, 31 lagi cawangan lain akan menyokong penutupan 15 cawangan yang telah dikenalpasti itu.
Para pelanggan dinasihatkan untuk mengunjungi cawangan paling hampir untuk melakukan transaksi perbankan.
Tetapi perkhidmatan membuka akaun masih lagi digantung.
Pelanggan digalakkan untuk melakukan perbankan atas talian untuk melakukan transaksi.
MBSB Bank turut memberi jaminan bahawa tiada gangguan pada perkhidmatannya. – MalaysiaGazette