Home Nasional Boleh derma darah dari rumah – Noor Hisham

Boleh derma darah dari rumah – Noor Hisham

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 24 MAC 2020

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) mengesahkan jumlah bekalan darah yang ada kini mengalami kekurangan berikutan penularan wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, ia tidak menjadi masalah kerana penggunaan darah turut berkurang ketika ini.

Jelas beliau, ini kerana KMM telah menangguh beberapa pembedahan dan hanya memilih yang elektif.

“Kita juga merancang untuk membuat kempen menderma darah dari rumah dan orang ramai yang berminat boleh menelefon nombor hotline KMM

“Sekarang ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Semua orang dihadkan keluar dan mereka yang ingin menderma boleh hubungi kita dan petugas kesihatan akan datang ke rumah untuk ambil bekalan darah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian wabak Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Noor Hisham menambah, pihaknya juga sudah mengenal pasti 3,000 jururawat yang sudah bersara untuk kembali dipanggil bertugas bagi menampung kekurangan petugas kesihatan ketika ini. – MalaysiaGazette