KUALA LUMPUR – Jalinan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diminta diminta membantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah lama dibincangkan sebelum perintah itu dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata,ia tidak sepatutnya menjadi isu dan perkara tersebut sudah beberapa kali dijelaskan.
“Mereka yang berperasaan negatif terhadap kerjasama dua pasukan tonggak keselamatan utama negara ini, percayalah tiada unsur sebalik batu.
“Sebaliknya ia adalah pemahaman bersama yang mana ATM tawarkan kerjasan dan saya menerima bantuan itu,” katanya semasa diwawancara dalam dalam Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.
Sementara itu, ketika tanya samada terhadap had jarak dikenaka kepada orang ramai untuk membeli makanan, Abdul Hamid berkata, agak sukar untuk polis memastikan pergerakan yang dibenarkan mengikut radius.
“Contohnya beberapa insiden berlaku semalam di sekatan jalan raya, yang mana apabila ditanya, pemandu berkata hendak beli barang tetapi dia ditahan di Sungai Buloh tetapi beralamat di Shah Alam.
“Apa gunanya pergi keluar jauh semata-mata beli makanan dan ini memang sukar untuk kami tetapi mempertingkatkan balik kesedaran kepada masyarakat menerusi nasihat tegas yang mana individu dari Shah Alam itu ditahan dan dihalau balik ke rumah.
“Saya meminta semua supaya fahami keadaan serius sekarang ini dan jangan ambil kesempatan suami isteri keluar bersama. Kalau isteri tidak tahu memandu suami bolehlah membantu beli barang dengan bawa senarai barang.
“Janganlah masa ini sahaja ada yang nak beli pemutar skru untuk baiki kabinet,” katanya sambil menambah orang ramai tidak perlu keluar rumah dua tiga kali sehari. – MalaysiaGazette
Pakatan Hancing ajer yang sakit hati dan cuba nak membuat huru-hara terutama DAP. Rembat ajer adalah langkah yang sesuai.