SHAH ALAM – Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyumbangkan makanan kepada anggota polis berikutan pengorbanan pasukan keselamatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Subangan itu akan dilakukan sehingga 31 Mac.
Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, meskipun pada waktu ini bekalan makan sedikit terhad namun MPM akan tetap berusaha menghulurkan bantuan kepada barisan hadapan negara yang bertungkus lumus memastikan rakyat mematuhi perintah kerajaan demi kebaikan bersama.
“Kalau tidak ada makanan tengah hari pun kita akan cuba untuk hantar makanan kering (roti) hari-hari, insyAllah,” katanya selepas menyerahkan 250 pek makanan tengah hari di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor hari ini.
Menurut beliau, MPM turut mengedar makanan kepada anggota polis di sekitar Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette