Daripada sejumlah 2,032 positif Covid-19, pesakit termuda adalah melibatkan seorang bayi berusia 12 hari yang dilahirkan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), minggu lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, bayi tersebut merupakan mangsa gelombang kedua Covid-19.
“Bagi gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tetapi sekarang bayi berusia 12 hari disahkan positif Covid-19.
“Butirannya kita akan maklumkan kemudian,” katanya dalam sidang media di KKM, hari ini.