Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata rakyat di negara ini selamat untuk menderma darah walaupun terdapat penyebaran wabak Covid-19.
Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai prosedur yang ketat dalam memastikan sebarang aktiviti derma darah dapat dijalankan dengan baik dan teratur. “Selamat apa pulak tidak selamat derma darah.
Itu bukan jangkitan. Jadi kalau ikutkan prosedur yang telah sedia ada, kita akan nyahkuman dan baru kita ambil darah,” katanya dalam sidang media di KKM, hari ini.