Maybank berkata, produk yang layak di bawah skim automatik untuk pelanggan runcit dan PKS termasuk pinjaman peribadi, gadai janji, Amanah Saham Bumiputera (ASB), pinjaman pendidikan dan PKS.
Ia berkata, pinjaman sewa beli berkadar tetap telah tidak mempunyai faedah kompaun.
Bagaimanapun, Maybank berkata, pelanggan bukan runcit/korporat yang layak perlu mengemukakan permohonan yang diperlukan untuk penangguhan itu melalui pengurus hubungan mereka atau pengurus korporat bank, sekiranya mendapat kelulusan, tanpa faedah kompaun juga diberikan kepada mereka.
Maybank berkata, pandemik Covid-19 merupakan situasi yang tidak diingini berlaku dan bank mengambil peluang ini untuk melakukan perkara yang betul selaras dengan misi Menginsankan Perkhidmatan Kewangan.
“Bank berharap langkah tambahan ini akan dapat memberi lebih bantuan kepada mereka untuk tempoh ini di samping menyokong pelanggan kami dalam mengharungi cabaran lain yang mungkin dihadapi mereka,” menurut Maybank. – MalaysiaGazette