Home Seni Hidup Tangkap, sumbat dalam zoo siapa yang ingkar PKP – Azwan

Tangkap, sumbat dalam zoo siapa yang ingkar PKP – Azwan

Azwan Ali

KUALA LUMPUR – Selebriti kontroversi, Azwan Ali atau dikenali Diva AA menyarankan agar kerajaan menangkap orang awam yang masih berdegil mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke dalam zoo.

Itu jawapan sarkastik Azwan apabila ditanya media apa tindakan yang wajar dikenakan kepada rakyat Malaysia yang tidak mematuhi arahan PKP walaupun sudah banyak kali diarahkan kerajaan.

Justeru beliau mahu cadangannya dipertimbangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menjayakan langkah kerajaan memerangi Covid-19.

“Kepada yang melilau melilau ini, saya sangat sokong langkah kerajaan. Cekup mereka, tolong sumbat mereka dalam zoo. Dok melilau tak reti bahasa, melampau. Zoo banyak kandang kosong, sumbat mereka,” katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah di sini hari ini.

Azwan sebelum ini kerap menggunakan rakaman video memberi peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mematuhi PKP melalui caranya yang tersendiri sehingga tular di media sosial.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Kan elok bckp/menasihati dgn peradapan. Masyarakat memandang diva dgn lbh berperketi mulia…

Comments are closed.