Home Nasional Kerajaan akan berusaha dapatkan wang 1MDB daripada DoJ – Tengku Zafrul

Kerajaan akan berusaha dapatkan wang 1MDB daripada DoJ – Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan berusaha untuk mendapatkan wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata agensi kerajaan yang berkaitan dan Jabatan Peguam Negara sedang mengusahakannya.

“Agensi kerajaan, Jabatan Peguam Negara sedang meneliti perkara ini. Ia sepatutnya dalam jadual untuk mendapat wang tersebut. Kami sedang mengusahakannya,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai kemungkinan kelewatan dalam membawa balik wang tersebut.

Dilaporkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pemulangan AS$240 juta (RM1 bilion) daripada wang 1MDB, menyatakan ketidaktentuan politik apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Ketujuh pada 24 Februari lepas.

Pada 1 Mac, 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Kelapan.

DOJ memulangkan hampir AS$200 juta kepada Malaysia pada Mei 2019.

— BERNAMA

 

3 Komen

  1. Diharap kan kerajaan baru ini berusaha lebih gigih.
    Jika negara luar bersedia memulangkan wang kita 1mdb, itu berarti mereka mengiktiraf kerajaan baru ini.

    Jika tidak..
    Faham-Faham saja.

    Walaupun begitu kita harus berjuang, sbb ini wang rakyat Malaysia.

    Rakyat juga kena berjuang nak menghukum pemain-pemain yg menyebabkan negara dimalukan.

    Selamat pagi bos ku.
    Stay at home.
    Today kes ditangguhkan lagi.
    Lebih banyak menulis dalam fb.

    Masih ramai yg percaya dgn teori kelentong bos ku.

    #asalbukanmuhyidin

  2. Kalau kau rasa bukan muhyidin pm malaysia.. Sila berambus dari negara ini. #daulattuanku

Comments are closed.