TERKINI : UMNO Terima “Face Mask” dari China

UMNO hari ini menerima penutup hidung dan mulut dari China menerusi kedutaannya yang akan diagihkan kepada barisan hadapan yang bertugas menangani penularan wabak Covid-19.

Dalam masa yang sama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii berkata, topeng tersebut akan diedarkan kepada ahli parti tersebut sebagai langkah berjaga-jaga daripada wabak Covid-19.

Razlan menambah, negara tersebut tetap menunjukkan keprihatinannya terhadap Malaysia meskipun turut terjejas teruk akibat serangan wabak yang bermula di Wuhan sebelum ini.

Sehubungan itu Razlan mewakili Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan terhadap kerajaan China yang tidak jemu menghulurkan bantuan tanda sokongan kepada Malaysia