Home Dunia AS luluskan pakej kewangan terbesar dalam sejarah untuk menghadapi COVID-19

AS luluskan pakej kewangan terbesar dalam sejarah untuk menghadapi COVID-19

Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON (Reuters) – Dewan Rakyat Amerika Syarikat meluluskan pakej bantuan terbesar dalam sejarah bernilai AS$2.2 trilion bagi membolehkan negara itu menghadapi kemerosotan ekonomi disebabkan pandemik COVID-19 yang semakin merebak.

Presiden Donald Trump dengan segera menandatangani dokumen tersebut untuk dijadikan undang-undang.

Rang Undang-Undang besar-besaran itu diluluskan Senat dan Dewan Rakyat hampir sebulat suara.

Tindakan bipartisan yang jarang berlaku itu menunjukkan betapa seriusnya pembuat dasar dari parti Republikan dan Demokratik melihat pandemik global yang telah mengorbankan 1,500 rakyat Amerika dan menggegarkan sistem perubatan negara tersebut.

“Negara kita sedang berhadapan dengan darurat ekonomi dan kesihatan dalam sejarah disebabkan oleh pandemik koronavirus, pandemik terburuk dalam tempoh lebih 100 tahun.

“Apa sahaja yang kita lakukan pada masa akan datang adalah kita perlu meluluskan undang-undang ini sekarang,” kata Speaker Dewan Rakyat, Nancy Pelosi ketika menutup debat selama tiga jam itu.- Agensi