TERKINI : Saya Baru Lepas ‘Ikat Jamin’ Kesalahan PKP

Polis akan menambah kawasan sekatan jalan raya berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha untuk memerangi penularan virus Covid-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, empat kawasan baharu yang akan dilibatkan dengan sekatan jalan masing-masing dua sekatan di daerah Brickfields dan Dang Wangi.

Katanya, tindakan menambah lokasi sekatan bertujuan memastikan perintah PKP dilaksanakan sepenuhnya.