KUALA LUMPUR – Ulasan tidak tepat seorang penganalisis dalam rancangan televisyen Taiwan mengenai keadaaan wabak COVID-19 di Malaysia mengundang kemarahan warganet yang membidas melalui laman Facebook pengulas tersebut.
China Press melaporkan, rancangan siaran Eastern Broadcasting Company itu mengulas tentang usaha memerangi COVID-19 Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina dan beberapa negara lain.
Apa yang menghampakan adalah pengulas yang juga ahli politik Taiwan itu telah melakukan kesilapan berulang kali termasuk menyebut Malaysia telah melaksanakan perintah berkurung, sedangkan Kuala Lumpur hanya melakukan kawalan pergerakan.
Pengulas rancangan itu juga menyebut bahawa terdapat jasad yang dikebumikan di tepi jalan mungkin kerana kes kematian yang terlalu banyak.
Penganalisis itu kemudian mengulas tentang pengurusan jenazah penganut Islam, sekali lagi mengundang kritikan daripada warganet.
Seorang netizen antaranya meninggalkan mesej pada sekeping gambar untuk memperbetulkan persepsi tidak tepat terhadap Malaysia.
“Ini adalah tempat pengebumian yang dipilih oleh keluarga si mati, bukannya mengutip mayat dari tepi jalan dan mengebumikannya secara sewenang-wenang.
“Sebagai pengetahuan, pada masa itu hanya terdapat dua kes kematian (di Malaysia),” kata warganet mempertahankan Malaysia.
Terdapat juga warganet yang membidas sambil menegaskan apa yang didakwa sebagai “tempat pengebumian tepi jalan” itu sebenarnya adalah tempat perkuburan.
“Ayuh kita pergi membidas dia, kita mahu dia meminta maaf kepada Malaysia,” kata warganet itu.
Dalam pada itu, penganalisis politik itu telah meminta maaf pada petang Sabtu atas ulasannya mengenai cara pengurusan mayat di Malaysia selepas menerima kecaman rakyat.
Walau bagaimanapun, ada pihak yang berpendapat bahawa minta maafnya kurang ikhlas dan lebih seperti kenyataan penjelasan. – MalaysiaGazette
Malaysia have enough land to buried dead person. May be Taiwan doing like that. Because your country have not enough land for that.
Pakar FAKE news ni, macam pakar2 MENIPU mereka yang ramai dalam MACAU SCAM disini!
Hati2!
Bangsa dan jenis kurang ajar
Bangsa tidak perlu disbut…
Kita kutuk sebarang bentuk penghinaan kepada negara ini.
Tapi kenapa kita kutuk hak kita sebagai pemenang dalam pru lepas diambil alih oleh yg kalah.
Disini lah yg orang luar menganggap remeh kita.