Home Utama ‘Saya bawa pelajar tahfiz sertai tabligh Sri Petaling buat saringan’

‘Saya bawa pelajar tahfiz sertai tabligh Sri Petaling buat saringan’

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menasihatkan pemandu dan penumpang supaya pulang ketika meninjau Op Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang masuk hari ke- 11 di Persiaran Utara arah Hospital Serdang, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 28 MAC 2020.

PUTRAJAYA – Salah seorang pengguna yang ditahan untuk pemeriksaan di sekatan jalan raya di susur keluar ke Serdang Raya di sini malam tadi membawa sekumpulan tiga remaja dan keluarga mereka untuk dibawa melakukan saringan Covid-19 ke Hospital Serdang.

Menurut salah seorang wanita yang duduk di hadapan tempat duduk penumpang sebelah pemandu kenderaan itu berkata, ketiga-tiga pelajar tahfiz dibawanya ke saringan kerana salah seorang daripadanya pernah hadir majlis tabligh di Sri Petaling pada 28 Mac lalu – salah satu kluster penyebaran pandemik berkenaan di negara ini.

Wanita itu yang tidak memperkenalkan namanya memaklumkan sedemikian ketika ditanya oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dalam sekatan jalan raya di sini 10 malam tadi.

Mazlan Lazim hadir meninjau setiap kenderaan yang diperiksa anggotanya yang bertugas 24 jam di lokasi tersebut dan ditahan Mazlan serta disoal destinasi yang dituju mereka pada waktu lewat malam.

Wanita itu dengan seorang lelaki yang memandu kenderaan Totoya Avanza berwarna emas membawa tiga remaja lelaki yang duduk di tempat duduk belakang menyatakan mereka sedang dalam perjalanan ke Hospital Serdang untuk rawatan saringan Covid-19.

Mazlan: Apa kes?

Wanita: :Kami pergi ke hospital, salah seorang daripada diaorang punya adik pergi ke tabligh, jadi saya pergi ke Hospital Serdang untuk buat saringan, jadi saya bawa semua mereka. Ada dua kereta di belakang juga ikut emak ayah mereka juga pergi nak buat saringan.

Mazlan seterusnya menasihati mereka supaya melakukan saringan dan mengkuarantinkan diri.

“Jadi kena buat saringan ya, kalau boleh jangan keluar ke mana mana sebab takut benda ini merebak,” nasihat beliau kepada wanita tersebut sebelum kenderaan mereka dibenarkan beredar oleh pasukan polis.-MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN:

TERKINI : Saya Baru Lepas ‘Ikat Jamin’ Kesalahan PKP