FRANKFURT – Gara-gara terlampau bimbang dengan impak ekonomi akibat Covid-19, Menteri Kewangan di negeri Hesse, Jerman membunuh diri.
Menteri tersebut, Thomas Schaefer, 54, ditemui mati berhampiran landasan kereta api semalam, kata Perdana Menteri Jerman, Volker Bouffier.
Pejabat pendakwa Wiesbaden percaya Schaefer mati akibat bunuh diri.
“Kami terkejut, kami tidak percaya dan amat sedih,” kata Bouffier dalam kenyataan.
Bouffier berkata, Schaefer sebelum ini bekerja ‘siang dan malam’ untuk membantu syarikat serta pekerja menangani impak pandemik itu ke atas ekonomi.
“Hari ini, kami terpaksa menganggap beliau sangat bimbang. Pada masa sukar ini, kita memerlukan seseorang seperti beliau,” kata Bouffier.
Mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua anak.- MalaysiaGazette