Home Dunia Pesawat bawa pesakit meletup, 8 maut

Pesawat bawa pesakit meletup, 8 maut

Keadaan sebuah pesawat Lionair yang meletup di Manila malam tadi. foto ABC

MANILA – Sebuah pesawat yang membawa seorang pesakitĀ  meletup semasa hendak belepas di bandar ini semalam, mengorbankan lapan penumpang dan anak kapal.

Mereka yang terbunuh termasuk warga Amerika Syarikat dan Kanada.

Pesawat sewa itu dimiliki Lionair itu hendak berlepas ke Haneda, Jepun tetapi meletup ketika tiba di akhir runaway pada jam 8 malam (1200GMT) di Lapangan Terbang Manila.

Syarikat penerbangan Indonesia, Lion Air berkata, pesawat yang meletup itu tiada kaitan dengannya.

Semasa kejadian, pesawat enjin berkembar West Wind 24 itu sedang membawa tiga kakitangan perubatan dan tiga anak kapal, seorang pesakit dan pengiringnya, Richard Gordon dan Ketua Bulan Sabit Merah Filipina.

“Malangnya, tiada penumpang yang terselamat, kata pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

Siasatan sedang dijalankan.

Susulan kejadian itu landasan lapangan terbang berkenaan ditutup dan semua penerbangan masuk dialihkan ke Lapangan Terbang Clark. – MalaysiaGazette