Home Nasional Bayaran bantuan akhir April terlalu lambat, makcik Kiah pun tak boleh tunggu

Bayaran bantuan akhir April terlalu lambat, makcik Kiah pun tak boleh tunggu

Ahmad Muzakkir Hamid

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menyediakan satu bantuan kecemasan kepada golongan peniaga-peniaga kecil yang ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ supaya mereka mendapat bantuan kewangan segera.

Pengerusi Hal Ehwal Usahawan, Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM), Ahmad Muzakkir Hamid berkata, pertimbangan ini perlu dibuat memandangkan peniaga-peniaga ini sudah kehilangan pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Menurutnya, sedangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pula semalam mengumumkan akan membayar wang Bantuan Prihatin Nasional pada akhir bulan depan atau Mei.

”Makcik Kiah tetap bersyukur apa yang diumumkan oleh kerajaan, tetapi kita yakin jika ditanya pada makcik Kiah beliau juga ingin dipecepatkan bayaran kerana perniagaan goreng pisangnya sehingga hari ini tidak dapat berniaga sejak PKP.

“Bagi saya tempoh ini terlalu panjang untuk peniaga-peniaga pasar malam, penjaja kaki lima, peniaga pasar tani dan penjaja warung yang pastinya lebih terjejas kerana mereka mendapat pendapatan harian.

”Oleh itu, kerajaan sewajarnya mewujudkan tabung kecemasan untuk golongan ini supaya agihan bantuan boleh disegarakan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Ahmad juga melahirkan kebimbangan, prosedur permohonan peniaga-peniaga ini sukar kerana sudah pasti LHDNM mahukan dokumen-dokumen tertentu seperti penyata kewangan dan sebagainya.

Katanya, bagi usahawan sederhana dan besar sudah tentu tidak ada masalah untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan tetapi bagaimana pula dengan peniaga-peniaga kecil ini.

”Mereka tidak ada penyata bank tiga bulan dan sebagainya. Jika mereka tidak memiliki dokumen-dokumen ini bagaimanakah mereka boleh membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan yang diumumkan oleh kerajaan?,” soal beliau lagi.

Lantaran itu, Ahmad berbesar hati jika kesulitan peniaga-peniaga ini mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya oleh kerajaan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Yang kesiannya warga IPTA,IPTS bila mereka ditemuramah semuanya saya lihat mereka betul2 berterima kasih dan mendamba bantuan RM200 itu semasa mereka “terperangkap” di asrama masing2. Tetapi adakah mereka perasan bahawa kerajaan cuma akan menyalurkan bantuan itu pada bulan Mei? Nasib baik makan minum mereka dalam PKP ni dijaga oleh Uni masing2. Klau tidak habis semua jadi tengkorak hidup.

  2. Klu hujung blan yg besara dan yg bekeje dah ada gaji saelok nya bantuan tu di bayar sabelum gaji bgi menampung pebelanjaan sablum gaji.begitu juga yang keja sendiri …hagra getah jatuh bawah paras rm2..hujan pulak la ni…begitu juga dgn sawit tandan yg nak motong pun dah kurang org.

Comments are closed.