Home Nasional Wanita tendang, ludah polis antara 21 suspek langgar PKP

Wanita tendang, ludah polis antara 21 suspek langgar PKP

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal foto FAREEZ FADZIL, 22 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah 89 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu namun masih ada individu yang tidak mahu menjadikannya pengajaran.

Ini kerana semalam, pasukan Polis Petaling Jaya mencekup 21 individu lagi atas kesalahan yang sama – lebih teruk mereka dikatakan menghina anggota polis semasa menjalankan tugas melakukan sekatan jalan raya dan di tempat awam.

Selepas kes polis dihina sebagai bodoh, kes hampir sama berlaku apabila seorang lagi wanita berusia 45 tahun bertindak meludah dan menendang polis di dalam premis perbankan di daerah itu sebelum diberkas pihak berkuasa.

Suspek di antara 21 individu yang ditahan atas kesalahan di bawah Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, tangkapan pertama pada jam 11.10 pagi melibatkan penahanan dua lelaki warga luar yang masing-masing dari Syria dan Palestin berusia 19 dan 34 tahun.

Mereka ditahan kerana gagal memberi alasan munasabah mengenai pergerakan mereka di sekatan jalan kilometer 0.3 Lebuhraya Sprint Damansara.

Katanya, tangkapan kedua sekitar jam 1 tengahari melibatkan empat perempuan warga China berumur antara 23 hingga 25 tahun atas kesalahan berkumpul di taman permainan di Jalan 17/5, Seksyen17 Petaling Jaya tanpa sebab.

“Manakala tangkapan ketiga pula sekitar jam 2.15 petang polis berjaya menahan seorang lelaki warga Jepun berusia 56 tahun atas kesalahan membuat provokasi dengan nada tinggi terhadap anggota polis yang sedang bertugas dalam sekatan Jalan Raya di Plaza Tol PJS 2 Petaling Jaya.

“Tangkapan keempat pula inilah sekitar pukul 3 petang polis telah menbuat pemeriksaan dan tangkapan ke atas seorang wanita berusia 45 tahun kerana menimbulkan kekecohan dalam Bank Hong Leong di Jalan PJU 5/8, Dataran Sunway, Kota Damansara.

“Ketika ditangkap suspek bertindak agresif menendang, menjerit serta meludah secara rawak kepada polis,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, dalam tangkapan kelima pada jam 5 petang, seorang lelaki Cina berusia 49 tahun pula dicekup kerana berjogging tanpa mengendahkan arahan supaya beredar di kawasan Taman Jalan Bandar Utama 7/2 Damansara.

Selain itu katanya, polis sekitar 5.40 petang di Jalan First Avenue, Dataran Bandar Utama  menahan dua lelaki berketurunan Bajau yang berjalan kaki dalam keadaan mencurigakan.

“Dalam perkembangan sama sekitar 6.15 petang turut dicekup dua lelaki warga Indonesia berusia antara 23 dan 27 tahun kerana bergerak tanpa sebab semasa sekatan jalan di Plaza Tol Subang susur keluar NKVE.

“Polis tidak terhenti di situ malahan kami meneruskan pemburuan sebelum sekitar 6.30 petang empat lelaki warga tempatan berusia antara 22 hingga 52 tahun diperiksa dan ditahan kerana bersukan dan berkumpul tanpa mengendahkan arahan diminta beredar dari Taman Rekreasi the RefFlesia, Jalan PJU 8/12B Damansara Perdana.

“Dalam tiga lagi tangkapan susulan masing masing pukul 2.45 pagi,3 pagi dan 7.30 malam tadi, empat lagi individu telah ditahan termasuk seorang warga Nigeria.

Individu dipercayai warga Jepun ditahan selepas meninggikan suaranya semasa sekatan jalan di Plaza Tol PJS2 Petaling Jaya hari ini.

“Antara empat orang itu lelaki warga tempatan berusia 56 tahun ditahan kerana bergerak tanpa sebab di perhentian bas berdekatan Sekolah Kebangsaan Tropicana di Petaling Jaya manakala warga Nigeria berkenaan berusia 27 tahun dicekup di Plaza Tol Sungai Buloh susur keluar ke NKVE.

“Manakala dua lagi lelaki berumur 14 dan 22 tahun pula dicekup di plaza tol sama warga Nigeria itu dicekup kerana gagal mewajarkan pergerakan mereka kepada polis bertugas dalam sekatan itu,” tegasnya.

Katanya jika disabitkan bersalah, kesemua mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Beliau menasihati orang ramai suoaya patuh kepada perintah PKP dan tidak mengambil remeh perkara tersebut kecuali ada perkara penting.- MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Saya mencadangkan supaya semua mereka yang ditangkap kerana mengingkari PKP dihantar menjalankan khidmat masyarakat sebagai FRONTLINER dihospital hospital yang merawat pesakit pesakit COVID19.

    #PDRM
    #KKM

  2. Tanpa mengira siapa mereka, warganegara mana, semua wajib dikenakan tindakan TEGAS!

    Harap mahkamah cepat jatuhkan hukuman.

    HORMATI UNDANG2 NEGARA INI!!!

  3. MAHKAMAH Sesyen Alor Setar, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.

    HARAP mahkamah seragamkan hukuman tanpa mengira siapa mereka samada warganegara Jepun, China, Bangladesh dsb.

  4. Hari ini kita lihat Perdana Menteri melanggar perintah PKP dengan bershopping suami isteri. Ada komen di atas tulis tak kira siapa tahan saja termasuk Perdana Menteri bila telah melanggar perintah PKP.

  5. Kenapa ya ppuan di negara kita ni bila buat salah boleh pula lagi bersikap kurang ajar…

  6. Patut d beri tugas membantu staff2 hospital..bg mereka rasa betapa susahnya mengatasi covid19..

Comments are closed.