Home Sukan Bayi pertama saya sihat – Ozil

Bayi pertama saya sihat – Ozil

Foto Twitter Mesut Ozil.

LONDON – Bintang Arsenal, Mesut Ozil mengumumkan cahaya permata pertamanya diberi nama Eda.

Pemain antarabangsa Jerman itu turut berkongsi sebuah foto di laman Twitter peribadinya bersama-sama isteri, Amine Gulse dan juga bayi perempuannya itu.

“Terima kasih Tuhan kerana anak kami, Eda dilahirkan dalam keadaan yang sihat. Semoga anak kami menjadi insan yang baik,” tulis Ozil di laman Twitter peribadinya.

Ozil menimang cahaya pertamanya awal bulan lalu ketika dia tidak diturunkan dalam perlawanan Olympiacos dalam saingan Piala Europa.

Arsenal yang tewas dalam perlawanan itu sekaligus tersingkir daripada saingan.

Juara Piala Dunia 2014 itu mengahwini Ratu Turki pada Jun tahun lalu dalam sebuah majlis yang turut dihadiri Presiden Turki, Tayyip Erdogan dan isteri.

Pemain tengah Arsenal itu kini berada dalam tempoh perintah berkurung berikutan

Kali terakhir Arsenal beraksi adalah ketika menentang West Ham yang menyaksikan Ozil diturunkan sebagai kesebelasan utama.

Perlawanan yang berlangsung pada 7 Mac lalu tersebut memihak kepada Arsenal dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan tunggal Alexandre Lacazette. – MalaysiaGazette