Home Ekonomi Muhyiddin dilantik Pengerusi Khazanah Nasional

Muhyiddin dilantik Pengerusi Khazanah Nasional

Khazanah Nasional
Khazanah Nasional

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Khazanah Malaysia Berhad (Khazanah Nasional.

Menurut Kementerian Kewangan, selain itu Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
dan Datuk Mohammed Azlan Hashim dilantik sebagai Ahli
Lembaga Pengarah Khazanah Nasional.

“Pelantikan-pelantikan ini berkuatkuasa serta merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Khazanah Nasional menyambut baik pelantikan tersebut dan akan bekerjasama rapat dengan Lembaga Pengarah yang baru dibentuk semula untuk terus memenuhi mandatnya sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia.

“Khazanah juga ingin mengumumkan peletakan jawatan YB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah, berkuatkuasa 25 Mac 2020.

“Bagi pihak pengurusan dan kakitangan, Khazanah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Tun Dr Mahathir atas kepimpinan, bimbingan dan sumbangan beliau sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Pengerusi,” kata Khazanah Nasional dalam kenyataan berasingan. – MalaysiaGazette.