KOTA BHARU – Persidangan khas Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju supaya gaji Menteri Besar, timbalannya dan barisan EXCO dipotong selama dua bulan untuk disalurkan kepada tabung Serambi Makkah bagi menangani wabak COVID-19.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, selain sumbangan gaji, kerajaan negeri juga akan menyalurkan bantuan sebanyak RM20,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Pusat Khidmat DUN (PKD) bagi membantu golongan yang memerlukan.
“Keputusan tersebut adalah bagi menzahirkan komitmen pimpinan kerajaan negeri untuk bersama-sama meringankan beban rakyat pada ketika ini,” katanya, dalam satu kenyataan, di sini, malam ini. – Bernama