KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menawarkan bantuan luar biasa kepada golongan peniaga terutama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan itu perlu menyeluruh dan hendaklah dilaksanakan secepat mungkin.
Dalam situasi yang mendesak sekarang, kerajaan perlu mengenepikan kebimbangan berhubung defisit negara, hutang negara atau penarafan kredit demi kelangsungan ekonomi dan rakyat.
”Ini bukan masa untuk kedekut, bertindak perlahan atau berkira dengan rakyat dan pengusaha,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.
Ini kerana, Kerajaan Barisan Nasional telah meninggalkan kekayaan negara yang besar
“…dan inilah masa untuk menggunakan kekayaan ini untuk menyelamatkan negara,” ujar beliau lagi.
Menurut Najib, Malaysia boleh membina semula kekayaan ini pada masa hadapan selepas krisis wabak Covid-19 ini berakhir nanti.
Terdahulu beliau berkongsikan rayuan Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia (Presma) yang meminta UMNO Pulau Pinang untuk menyuarakan cabaran yang sedang mereka hadapi sekarang.
Dakwa Presma, kebanyakan Restoran Melayu Tomyam, Nasi Padang, Nasi Kandar dan Restoran biasa terpaksa menghentikan operasi atau jika dibuka pun, jualan harian tidak sampai 30% daripada kutipan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pada masa yang sama, kerajaan telah mewajibkan gaji semua pekerja termasuk pekerja asing tetap dibayar seperti biasa, di samping perlu menanggung kos penginapan dan kos makanan harian pekerja mereka.
Akibatnya, ahli-ahli Presma sedang menghadapi masalah aliran tunai yang amat kritikal dan mereka akan bankrap jika tidak menerima bantuan yang mencukupi dari kerajaan.
Najib berkata, beliau memahami dan bersimpati dengan kesusahan dan cabaran amat besar yang sedang dihadapi oleh ahli-ahli Presma dan cabaran yang sama turut dihadapi oleh semua restoran dan banyak lagi PKS serta peniaga kecil seluruh negara.
Katanya, kerajaan tidak ada kuasa untuk memaksa tuan kedai swasta untuk mengurangkan atau mengecualikan sewa seperti apa yang dilaksanakan kedai atau bangunan milik kerajaan.
Bagaimanapun, Najib berkata, kerajaan boleh memberi pengecualian cukai pendapatan kepada tuan kedai untuk tahun ini dan tahun depan.
Pada masa yang sama, tuan kedai swasta perlu memahami bahawa mereka tidak dapat apa-apa faedah jika penyewa mereka terpaksa tutup kedai kerana tidak dapat membayar sewa memandangkan amat sukar untuk mencari pengganti pada masa susah ini.
”Kita perlukan usaha bertahun-tahun untuk membina sebuah perniagaan tetapi ianya hanya memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan yang amat mencabar untuk perniagaan tersebut menghadapi kemuflisan.
”Ini saya faham,” katanya sambil membayangkan akan ada pengumuman pakej rangsangan ekonomi khusus untuk PKS. – MalaysiaGazette
Betul lah dsnajib. Beliau sangat bijak dan sentiasa mahu bantu. Tapi apa kan daya dulu pru silap pangkah kerana termakan hasutan dan fitnah. Angkat dia kembali sebagai pemimpin.
Hari Jumaat yang mulia ini, diharap bosskuu tidak lebih kan duniawi… Istifar banyak2….. Ingat mati sama, dari nak berpolitik tak habis2, dan tiada penghujungnya…..
Buduh2 komen en abdul halim hasim ni…macam org tiada agama pula yg bercakap..palui.