Home Nasional Anak guam saya takut, panik – Peguam

Anak guam saya takut, panik – Peguam

Datuk Suraj Singh bersama anak guamnya, ketika hadir pada pendakwaan menghalang tugas penjawat awam semasa sekatan jalan raya Op Covid-19 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 03 APRIL 2020

PETALING JAYA – Kerajaan dan pihak berkuasa polis diminta mempertimbangkan semula hukuman penjara ke atas semua pesalah-pesalah sepanjang Op Covid-19 yang dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Datuk Suraj Singh yang bertindak sebagai peguam bela seorang wanita yang memaki hamun polis semasa sekatan jalan raya di Persiaran Surian pada 31 Mac lalu itu berkata, kerajaan tidak wajar menghukum setiap pesalah pertama dengan hukuman penjara.

Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya hukuman ringan seperti khidmat komuniti bersifat kemasyarakatan perlu dilaksanakan.

Katanya, beliau memahami keadaan yang sedang dilalui kerajaan tetapi tetapi bukannya menghantar pesalah ke penjara.

Beliau mendakwa anak guamnya, Tong Poh Kim kini dalam keadaan panik dan takut.

“Kami juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula kes sebegini kerana sejak kebelakangan ini banyak dibuat dan pihak kerajaan perlu mengambil kira mereka yang ditangkap ini bukan penjenayah berat.

“Mereka bukan penjenayah serius yang melakukan kesalahan-kesalahan berat, yang perlu diasingkan daripada masyarakat seperti kes jenayah berat samun, kes rompak ataupun kes-kes rogol kita faham,” katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.

Tertuduh yang berusia 44 tahun hadir ke Mahkamah Majistret bersama saudaranya sekitar 8.30 pagi bagi menghadapi pertuduhan menghalang penjawat awam bertugas dalam sekatan jalan raya baru-baru ini.

Wanita itu menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut sebelum dibenarkan ikat jamin RM1,000 untuk tuduhan pertama dan RM3,000 dengan seorang penjamin untuk tuduhan kedua.

Hakim Nurshahira Abdul Salim menetapkan 20 Mei sebagai tarikh serahan dokumen kes dan sebutan semula.

Tambahnya, tujuan hukuman dijatuhkan terhadap pesalah bertujuan untuk menginsafkan mereka dan mempersoalkan apakah menjatuhkan hukuman penjara untuk kes-kes iseperti ini adalah munasabah.

Ini kerana, kata peguam bela itu, tindakan tegas sedemikian  hanya menambah ketakutan rakyat. – MalaysiaGazette

29 Komen

  1. Patut dihukum sebagai pengajaran , org malaysia ni kalau setakat nasihat tk makan . Ingat polis dan penguatkuasa suka2 ka nk jaga kau org yg tak beradab ni . Aku nk tanya satu , korang suka org maki kat korang , tentu tk suka , kalau diri sendiri tk suka kena maki so jangan maki org …angkat topi kat polis kita , jgn bagi chan lg ..

  2. Tak payah nak bertolak ansur dengan mereka..salah tetap salah…sebagai pengajar utk yg lain

  3. Mmg nak bg rakyat takut..bg yg degil la takut..hat yg dgr kata tak takut apa la

  4. kalo gitu. hang yg peguam tu pi ganti polis jaga jalan. depa da duduk nak jaga, hang pi maki watpa. ish la.

    aleh2 kang kurang upaya!!! apa jadah

  5. Panik apa takut apa…bunyikan hon kereta dan dh dilepaskan tk puas hati datang kembali untuk meluahkan rasa panik dan takut ke…

  6. Dia bukan saja melanggar pkp tapi dia nyata secara sengaja cuba halang dan hina polis.

  7. The government in general and the court in specific, should not listen to these committed trouble maker. They should aware that the pandemic cannot be treated so long these trouble maker keep around on the road. The gist of the punishment is to alert other people to not doing the same breach of law during these MCO period. Keep the committed MCO breacher in jail!

  8. Jadikan pengajaran…lain kali nak kurang ajar mungkin dia takut sikit. Senang2 maki orang!

  9. Harap kerajaan dan pihak berkuasa tidak memberi kelonggaran pada pesalah ini . Sekiranya kerajaan memberi kelonggaran pada kes ini semesti rakyat tidak berpuas hati pada kerajaan dan juga pihak berkuasa. Saya sebagai rakyat akan memerhatikan kes ini agar diberikan hukum yg setimpal nya seperti pesalah yg lain yg telah dikenakan hukum semasa RMO.

  10. Masa kau jerit tak fikir takut kan . Boleh pula keluar kereta maki polis skg rasakan . Jgn lupa rakyat malaysia sebutan kes ini . Mari kita pastikan hukum setimpalnya seperti pesalah RMO yg telah dikenakan hukuman .

  11. Lawyer ni patut duk sama2 dgn frontliners yg lain. Kerajaan jgn tunduk dgn permintaan sebegini. Klu cina ni berada di china, mau separih mati dia kena belasah

  12. Hukum penjara je org ni….dah lah tidak beradap ….nak kurangkan hukuman buat apa….. budak melayu 20 tahun kena 10 000 denda n penjara takkan dia ni nak ringankan pulak

  13. bagi sya x perlu di pertbngkan dh sbb dh ada, akta dh kan. jdi ikut shja tanpa pilih kasih. kalu berbeza2 hukuman rakyat akn x puasa hati.salah tetap slah

  14. Ini kerana, kata peguam bela itu, tindakan tegas sedemikian hanya menambah ketakutan rakyat.
    Mmg perlu lah rakyat ketakutan..belajar lah tgok negara lain sekarang kerana virus ni

  15. Masa maki hamun Polis berani,ingat ko hebat sangat, kami harap pesalah di Penjara dan dwnda maksimum, Ada kah peguam memgambil kira jika lebih ramai yang mengikut pesalah ini ? Bukan kah ia akan menyukarkan tugas pihak berkuasa, dan apa kah peguam tidak mangambil kira implikasi penularan wabak, ada kah nyawa jiran dan rakyat keseluruhan tidak penting ? Hukuman yang berat sangat wajar dengan mengambil kira bahaya yang di bawa oleh pesalah, Peguam2 cukup lah mengira upah daripada mengambil kira implikasi kepada umum

  16. Perangai anak guam dia ni, kebiasaannya ini bukan kali pertama dia mcm tu. Maki hamun ni selalunya dah jadi darah daging. Jadi, penjarakan saja sebagai pengajaran.

  17. Penjarakan je. Lepaskan bila PKP dah tamat. Mudahkan dia juga tak perlu keluar rumah. Boleh duduk dalam je.

  18. Sudah banyak kali dah diumumkan dalam TV pelbagai bahsa dah beritahu….na cakap panik dan takut hahahahhahahahahha tak payah nak kencing hancing..puak puak degil lagi nak tipu lagi ke…wow siap boleh jamiin….

  19. Ni KOMEN PALING BAIK… Penjarakan sekali peguam tu yg bersekongkol dengan mahluk yg menjd virusz dlm negara…

  20. Budak yang maki kat facebook pun kena hukum, ini kan pula yang maki depan-depan pegawai..Cuma Rasul sahaja yang tahan kena maki, walaupun di maki oleh orang kafir, rasul tetap bersabar dan berbuat baik pada mereka.

  21. Hukum saha.. jangan dengar pd pejuang hak asasi yg bodoh2 ni..jika tidak nanti jadi mcm negara2 eropah..
    Human rights konon..
    Org lain boleh knp dia x boleh..tak beradap lagi..
    Jel semaksimum yg boleh..

  22. X pyh bagi alasan yg bodoh ler. Kamu tu peguam. Dah tentu lbh pandai dari anak guam kamu. Tak kan itu pun kau nk percaya..!. Kerajaan dh ckp byk kali..dah berbuih mulut tp masih degil. Yg anak guam kamu maki polis tu apa hal? Kalau kamu kena maki..apa perasaan kamu? Ingat polis x dak perasaan ke? Penjarakan saja

  23. Org lain bleh belajar dri hukuman yg di kenakan.klu x bleh nak membantu org cukup lah klu tidak menyusah kan org.ingat lah ego x bawa sesaorng tu kemana pun.

Comments are closed.