PETALING JAYA – Seorang pengurus jualan sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret 4 Petaling Jaya pagi ini atas kesalahan mengeluarkan kata kesat terhadap penjawat awam.
Tertuduh, Tong Poh Kim yang berusia 44 tahun itu dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu semasa sekatan jalan raya Op Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Persiaran Surian, Jalan Damansara-Kota Damansara pada hari Selasa, 31 Mac 2020 jam lebih kurang 9.40 pagi.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh ketika berada di Jalan Persiaran Surian Menghala Masuk ke Pelangi Damansara telah didapati berkelakuan kurang sopan terhadap anggota polis bernama Koperal Izuan Hasim Nor Hamzah dengan berkata idiot.
Manakala dalam pertuduhan kedua, wanita itu didakwa pada hari, masa dan tempat yang sama telah dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu polis Korporal Izuan Hasim Nor Hamzah daripada menjalankan tugas-tugas dengan fungsi jawatannya.
Dia boleh dihukum penjara sehingga 2 tahun dan denda RM10,000 atau kdua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Tertuduh yang tampil ke mahkamah dengan berpakaian baju berkolar biru cerah dan berseluar hitam, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan memohon dibicarakan selepas kertas pertuduhannya dibacakan di hadapan Hakim Nurshahira Abdul Halim.
Wanita itu difahamkan sudah berada di mahkamah seawal 8.30 pagi lagi bersama kakak saudaranya dan peguam belanya Datuk Suraj Singh dari firma guaman Messrs Suraj Singh & Co.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris mencadangkan mahkamah supaya tertuduh dibenarkan dijamin sebanyak RM1,000.
Bagaimanapun, Suraj meminta mahkamahmengurangkan jumlah wang jaminan kerana tertuduh bekerja dengan berpendapatan RM2,000 sahaja.
Namun Hakim Nurshahira Abdul Salim yang mendengar kes membenarkan tertuduh dijamin dengan wang jaminan RM1,000 untuk pertuduhan pertama dan RM3,000 untuk pertuduhan kedua dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 20 Mei ini sebagai tarikh serahan dokumen kes dan sebutan semula.-MalaysiaGazette
Tong Poh Kim lebih kepada Tong Sam Pah
Hoih..merepek punya lawyer. Pengurus Jualan gaji dia rm2000 saja? Hagak2 la. Naik keta pun X70 dah bulan2 rm1k bayar. Pembelit betoi.
Jenis bangsa kurang ajar ne,lebih busuk dr sampah
Ki wak punya geng… ada mana2 lwyr nk tolong saman atas sakit hati, gangguan emosi, rasa dimalukan dikhalayak ramai, diviralkan semesia dll.. mintaklah juta2, mana tau dpt ratus2 ribu .. dpt 20% pun ok gak, job kurang ni. Jadikn pengajaran untk mana2 org yg suka hina atau maki penjawat awam disaman. Senang je job ni dah ada precedent case. AA pun kena , jgn pengarah saman je kau layan, penjawat biasa taknk layan amik case… ni belum orang angkat sampah, penjaga kebersihan dll lah.
Gaji RM2K?..lawyer pun penipu. Kalau gaji 2K loan keta pun tak lepas. Lawyer ni patut kena jugak sbb menipu dalam mahkamah.
Demi negara, doktor, nurse, polis, askar dibahagian hadapan memperjudikan nyawa!
Peguam? Dibarisan belakang ke apa?
Kah..kah..kah…