Home Nasional SUHAKAM bimbang tatacara tangkapan pesalah PKP

SUHAKAM bimbang tatacara tangkapan pesalah PKP

SUHAKAM) bimbang terhadap tatacara penangkapan dan penahanan pesalah-pesalah yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya  Hak  Asasi  Manusia  Malaysia (SUHAKAM) bimbang terhadap tatacara penangkapan dan penahanan pesalah-pesalah yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelasnya, kurangnya penjarakan sosial serta langkah-langkah keselamatan semasa proses tangkapan menunjukkan bahawa Tatacara Operasi Standard (SOP), sekiranya ada, mungkin tidak disampaikan sepenuhnya kepada pegawai yang melaksanakan tugas ataupun ia gagal difahami sebaiknya.

Selain itu, mengikut Peraturan 10, Peraturan-peraturan Lokap 1953, tahanan harus menjalani pemeriksaan kesihatan sejurus sebelum ditahan di lokap.

Bagaimanapun menurut badan itu, tiada pegawai perubatan terlatih ditempatkan di lokap-lokap polis.

“SUHAKAM telah berhubung dengan agensi-agensi penguatkuasaan dan berharap agar langkah- langkah mitigasi yang disenaraikan di bawah dapat dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam masa terdekat, sejajar dengan usaha membuat penambahbaikan pelaksanaan tugasan mereka.

“Dalam tempoh masa yang genting sebegini, SUHAKAM menggesa orang ramai untuk memainkan peranan penting iaitu mematuhi arahan PKP dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha memerangi pandemik ini, demi kebaikan kesihatan dan keselamatan diri sendiri serta masyarakat keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara yang dicadangkan adalah pesalah bawah umur  yang didakwa ingkar PKP dan pesalah berita tidak benar perlu dibebaskan dengan jaminan polis dan didakwa pada masa akan datang.

Bagi pesalah yang tidak mampu membayar ikat jamin, mereka boleh diberikan alternatif seperti bon atau ikat jamin bukan wang.

Remaja bawah umur, wanita, orang kelainan upaya, warga emas dan pesakit kronik atau di bawah rawatan kesihatan diberi keutamaan untuk dibebaskan, katanya.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jangan la keluar jika takut didenda stay penjara..
    Suhakam tak patut membela segelintir yg degil ini atas dasar human rights or free world..utamakan 95% rakyat yg akur dgn tahan.. JANGAN kita jadi seperti eropah n America yg pentingkan hak asasi sendiri..lihat spa terjadi kpd mereka..
    Jika mereka blh bertahan kenapa segelintir yg degil ini tak boleh.
    Teruskan tangkapan n hukuman demi menjaga rakyat..
    It’s so simple..takde urusan penting STAY AT HOME!!

Comments are closed.