KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) mahu kerajaan supaya menggunakan aplikasi e-dompet bagi mengurus pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada kumpulan M40.
“Tidak seperti golongan B40 di mana kerajaan mempunyai pengkalan data Bantuan Sara Hidup yang sedia ada, kerajaan tiada pengkalan data untuk penerima ini, yang dikategorikan sebagai penerima M40.
“Akan tetapi, Kementerian Kewangan telah mengambil keputusan untuk membuat bayaran wang tersebut ke akaun LHDN masing-masing. Inilah sebab utama sistem permohonan melalui LHDN tergendala dan terpaksa menjalan proses penyelenggaraan,” kata Majlis Setiausaha PH hari ini.
Kenyataan itu merupakan kenyataan bersama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR), Datuk Mohd Hatta Ramli (Parti Amanah Negara) dan Tony Pua (DAP).
Seperti yang diumumkan dalam kenyataan Majlis Setiausaha PH sebelum ini, kata kenyataan itu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memiliki data pendapatan individu dan bukan berbentuk isirumah kerana tidak semua pembayar cukai mengemukakan pulangan cukai masing-masing sebagai sebuah isirumah.
“Di samping itu, bukan semua dalam kategori di atas mempunyai fail cukai pendapatan. Sebagai contoh, seorang individu bujang dengan pendapatan RM2,500 berkelayakan untuk bantuan di atas mungkin tidak mempunyai fail cukai kerana belum layak membayar cukai tetapi mereka yang belum layak membayar cukai adalah yang paling memerlukan bantuan daripada kerajaan.
“Tambahan lagi, proses pengeluaran bantuan di atas daripada LHDN akan menyusahkan ramai pihak. Dengan terbukti, ia secara jelas telah menjadi beban kepada pejabat LHDN yang memproses pengeluaran ini.
“Oleh sebab itu, kami berharap supaya pihak Kementerian Kewangan akan menimbang semula kaedah bayaran BPN dengan meneruskan formula yang telah dilaksanakan dengan cemerlang oleh kerajaan sebelum ini untuk menyampaikan bantuan terus kepada rakyat, iaitu program e-Tunai Rakyat, yang disertai lebih lapan juta orang,” katanya.
Memandangkan penerima e-Tunai Rakyat telah melalui proses verifikasi bagi mereka yang mempunyai pendapatan boleh dicukai kurang RM100,000 setahun, adalah mudah bagi kerajaan untuk memastikan bahawa RM1,000 itu sampai kepada individu yang disasarkan dalam masa yang sepatutnya.
Kerajaan hanya perlu mengasingkan mereka yang sudah layak menerima bantuan BSH.
“Dengan menggunakan skim e-Tunai Rakyat, rakyat tidak perlu melalui proses pentadbiran yang melecehkan, untuk mendaftar dan mendapat pengesahan, untuk layak menerima bantuan RM1,000 tersebut,” katanya.
Tambahan pula, sejajar dengan objektif e-pembayaran yang digalakkann oleh Bank Negara Malaysia, menggunakan e-dompet ertinya menggunakan transaksi tanpa sentuh yang akan memastikan virus, kuman dan bakteria tidak akan berjangkit melalui pertukaran wang tunai di kaunter juruwang.
“Ini adalah pilihan yang lebih sihat dan selamat.
Memandangkan kepantasan pelaksanaan program yang dicadangkan oleh Perdana Menteri akan menentukan kejayaan atau kegagalan langkah-langkah yang telah diumumkan, kami menyeru kerajaan untuk melantik Khazanah bagi menguruskan pengagihan bantuan RM1,000 bagi golongan M40 melalui e-dompet memandangkan mereka telah berjaya melaksanakan kempen e-Tunai Rakyat.
“Akhirnya, kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa pihak PH bersedia untuk memainkan peranan dalam menjalankan usaha bipartisan dalam memerangi krisis Covid-19, kami bersedia untuk membantu dengan memberi idea dan membantu pelaksanaan program-program di atas, bagi memastikan mereka yang benar-benar memerlukan akan menerima bantuan dalam jangka waktu yang sepatutnya,” ujar mereka.
Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion, termasuk bantuan tunai kepada mereka yang layak.- MalaysiaGazette
Hahahaha…sempat lagi…bukan ke PA bekas menteri pernah dedahkan eWallet tu kroni DAP
Ph bangga sangat dengan E-wallet RM30, Duitnya tak dapat ,simpanan dalam bank lesap.
Hehehe… Masih meroyan pasal RM30. Almaklum, pencapaian terbaik PHaruupun yg dinikmati rakyat marhaen termasuk aku. Alhamdulillah dapat merasa sumbangan terbesar PHaruupun
Tak sempat nak sapu ke dulu?
Konon nak tunjuk pandailah tu,nak kayakan bangsa DAP ke dgn penggunaan e dompet,baik puak2 PH ne duduk kt umah je lah tak payah menyibuk,stay at home,jaga keluarga.
EDompet berapa lah sangat transaksi yang guna nya, nak beli barang dapur, nak gunting rambut, macam lah kedai runcit dan kedai kawasan luar bandar ada guna. Yang untung syarikat Edompet juga sebab boleh invest duit puluh-puluh bilion masuk dalam syarikat, makan hasil dividen.
dia ingat rakyat tutup mata macam dulu… sekarang semua dah celik mata..maklumat di hujung jari… sekali dia bagi cadangan, rakyat dah tau apa muslihat dia..
X payah ac bank ada masuk ke ke dlm ac masing2 .mudah dan selamat.
Sedar2 lah diri tu dah tak berkuasa…duduk diam2 je ..bodoh punya PH..masa jadi kerajaan tunjuk bodoh..dah tumbang baru nak berlagak pandai…alhamdulilah PH tumbang kalau tak makan pasir lah rakyat masa pkp ni ya lah kan PMke 7 tu jenis org kedekut tak suka bantu rakyat…asyik kata org melayu malas…asyik cakap kerajaan tiada duit sebab di rompak oleh dsn…tu lah yg di ulang berulang kali…tiba2 skrg kekanda mujahid kata kerajaan skrg guna duit yg di kumpul PH utk bantu rakyat…jadi terbukti kerajaan PH ada duit tapi terus menipu rakyat dgn berkata tiada duit…jadi duit di kumpul PH tu untuk siapa..kan terbukti kerajaan PH kumpul duit utk diri sendiri bukan utk bantu rakyat…renung2kan lah.