Home Dunia Sepanyol lanjut tempoh darurat sehingga 26 April

Sepanyol lanjut tempoh darurat sehingga 26 April

Pedro Sanchez. foto Reuters

MADRID – Perdana Menteri Sepanyol akan melanjutkan lagi tempoh darurat selama 15 hari lagi hingga 26 April ini susulan kadar jangkitan dan kematian akibar wabak Covid-19 semakin perlahan.

Sepanyol adalah negara yang teruk terjejas akibat koronavirus.

Melalui ucapan di televisyen, Pedro Sanchez berkata, tempoh darurat yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini telah menunjukkan hasil.

”Kita sedang mula menyaksikan penyusutan epidermik. Kita lebih kuat daripada yang kita fikirkan tetapi kita perlu bertahan.

Dengan pengorbanan, bertahan dan semangat kemenangan, “katanya, sambil menambah bahawa beberapa larangan ekonomi akan ditarik semula selepas Easter,” katanya.

Bagaimanapun, operasi kedai dan restoran masih ditutup.

Sanchez juga mengulangi sokongannya untuk menerbitkan hutang bersama oleh ahli Zon Euro sebagai cara untuk mengatasi kesan ekonomi akibat coronavirus, idea yang dipacu oleh Sepanyol dan Itali tetapi ditolak oleh Jerman dan ahli-ahli EU utara yang lain.

“Tiada siapa yang harus dipersalahkan, kerajaan Sepanyol akan bekerjasama dan bertahan dan tidak akan pernah melepaskan bon-bon Euro kerana ini adalah perpaduan, ini adalah Eropah. Penentuan kerajaan adalah mutlak,” katanya.

Angka kematian koronavirus di Sepanyol meningkat kepada 11,744 semalam – tertinggi kedua di dunia selepas Itali.
Walau bagaimanapun, jumlah kematian 809 orang yang meninggal dalam tempoh 24 jam yang lalu, kurang berbanding 932 kematian pada hari Jumaat.

Angka itu juga susut dari rekod hari Khamis iaitu 950, kata Kementerian Kesihatan.

Ini mewakili peningkatan sebanyak 7% dalam jumlah kematian, berbanding dengan kenaikan 20% yang didaftarkan seminggu lalu.

Jumlah jangkitan berdaftar meningkat dari 117,710 pada hari Jumaat kepada 124,736 pada hari Sabtu, meletakkan Sepanyol di hadapan Itali, yang melaporkan 124,632 jangkitan pada hari Sabtu. – MalaysiaGazette

+ posts