Berikutan keputusan itu, beliau berkata, peniaga dan pembeli di negeri ini digalak menggunakan transaksi jual-beli dalam talian atau e-bazar Ramadan bagi membekal dan mendapatkan makanan atau bahan keperluan semasa bulan Ramadan serta persiapan untuk Gawai yang disambut pada 1 Jun depan.
“Bazar Ramadan ini (biasanya diadakan) di kawasan bandar dan pinggir bandar. e-bazar Ramadan ini adalah satu usaha untuk memudahkan pembeli memesan makanan di bulan Ramadan, begitu juga Bazar Gawai,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis simbolik penghantaran bantuan makanan kepada penduduk luar bandar di Miri, yang merupakan sebahagian daripada pakej bantuan kerajaan negeri yang diumumkannya pada 23 Mac lepas.
AbangJohari berkata kerajaan Sarawak sejak beberapa tahun ini menggalakkan penggunaan teknologi telekomunikasi dalam semua bidang dan keperluan itu semakin ketara dalam keadaan negara menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette