KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan diminta meneliti semula pemberian elaun khas yang ketika ini hanya diterima oleh para petugas barisan hadapan sahaja.
Keputusan itu dilihat tidak adil memandangkan langkah pencegahan dan pengawalan wabak Covid-19 juga membabitkan seluruh jentera Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ahli Dewan Undangan Negeri, Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berkata, pengawalan wabak Covid-19 memerlukan seluruh warga KKM untuk berkhidmat sepenuh masa tanpa mengira sama ada berperanan selaku petugas barisan hadapan ataupun tidak.
Malah, pembekuan cuti untuk warga KKM juga telah dilaksanakan sebagai langkah kesiapsiagaan di semua hospital demi keperluan perkhidmatan.
”Saya telah menerima beberapa aduan daripada KKM yang meluahkan rasa kekecewaan mereka berikutan pembayaran elaun khas tidak diberikan secara adil dan menyeluruh.
”Maka, pembayaran elaun khas hanya untuk barisan petugas hadapan adalah tidak adil melihatkan kepada langkah pencegahan dan pengawalan wabak ini melibatkan keseluruhan jentera perkhidmatan KKM khususnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Oleh itu, bagi memastikan tiada siapa yang tercicir dalam mendepani cabaran wabak pandemik Covid-19 ini, Perdana Menteri diminta memberikan perhatian sewajarnya dalam memastikan kebajikan warga KKM ini tidak dikecualikan walaupun hanya memainkan peranan sebagai jentera sokongan dan bukan barisan hadapan yang turut membantu mengawal wabak ini.
”Datuk Seri Tengku Zafrul dan Datuk Seri Mohd Zuki Ali selaku Ketua Setiausaha Negara juga perlu segera mencari solusi dalam memastikan moral setiap petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengendalikan wabak ini tidak merosot dan terjejas berikutan hal ini,” ujar beliau. – MalaysiaGazette
Ini adalah BENAR. Ada Ahli KKM kena tukar ke hospital lain kawasan sementara yang kena sewa rumah lagi atas biaya sendiri tanpa ada apa apa allowance dari kerajaan. Ahli KKM ni memang sudah sewa rumah Di tempat sekarang, dengan notis pendik langsung kena transfer. Rugi la deposit semua. Kena bayar sewa Dua tempat.
Tersangat lah logik nya.
Tak apa lah..sekurangnya kelian masih boleh berkerja dan jaminan pendapatan hujung bulan..bersyukurlah..jgn tamak sangat dgn rezeki allah swt berikan….bagi mana dgn individu yg tdk boleh berkerja di sebabkan pkp?..jadi jgn nk minta kesamarataan sangat fikir secara logik dan bernas bukan secara logik sahaja…sekarang masa kita bantu membantu antara satu sama lain bukan jadikan ianya untuk meminta kelebihan.
Syukur apa yang ada..itulah bahagia
Utk anda yang komen dalam ni yg mengatakan bersyukurlah.. jangan tamak dengan rezeki yg sudah diberi.. apa kata, anda pula yang menggantikan tugas saya bekerja di klinik. Saya pula cuti sepanjang tempoh pkp ni. Walaupun kami tidak menerima elaun covid tu, tapi kami juga terdedah dengan pesakit pesakit yang mana sekarang ni banyak sangat menipu status mereka. Apalah sangat elaun tu kalau dibandingkan dengan harga nyawa kami. Sekarang ni banyak qc dibuka utk tempat kuarantin. Gara gara masyarakat yang tak dengar kata.. kami ni juga yang nantinya akan standby menggantikan rakan rakan sekerja yang lain. Lagi tak nak bagi elaun covid ke? Ingat minyak kereta yg diguna utk ulang alik ke pusat kuarantin kita beli dengan daun ke? Isi dengan air kopi ke? Please la.. jangan buat lawak. Kalau nak bagi, bagi semua. Kalau tak, baik tak payah bagi sekali..
Kalau diberi pilihan kami nak juga stay at home macam orang lain tapi apakan daya. Kani kena bertugas dan tidak dibenarkan bercuti. Tak tahu dimana datangnya istilah barisan hadapan bagi anggota tertentu di KKM. Kami bertugas dalam saru pasukan tak kira di bahagian mana pun. Doktor tak akan dapat berbuat apa apa tanpa ada Farmasi yang bekal ubat. Keputusan x-ray tak akan dapat tanpa juru x-ray. Dapatkah stok jarum dibekal tanpa storkeper membekal. Jadi tak kira dimana tugas kami tetap sebagai saling bertindak. Adalah tak adil kami dianggap sebagai pembantu dengan risiko dianggap barisan belakang tabir. Kami berugas dengan risiko yang sama ditempat yang samal…
manusia.. bila nama tak tersenarai jaga covid-19 rasa bersyukur krna tak bdepan dgn resiko. TAPI bila bab duit…
Ada juga yg cemburu dgn pemberian elaun khas. Kerajaan memandang mereka lah penyelamat nyawa rakyat dan negara. Kita hanya Stay At Home pun duit masuuuukk.
Kakitangan KKM yang bukan barisan hadapan, bukan ke sudah dapat Bantuan Perihatin. Syukur lah.