Home Nasional Jangan ‘curi’ topeng, cecair pembasmi kuman

Jangan ‘curi’ topeng, cecair pembasmi kuman

Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil topeng hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman yang berada di hospital.-Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Orang ramai dingatkan tidak mengambil topeng hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman yang berada di hospital.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah untuk kegunaan di hospital khususnya di kalangan petugas barisan hadapan yang kini sedang bertungkus lumus mengawal penularan wabak Covid-19.

Sekiranya barang itu diambil untuk kegunaan sendiri, dia kena fikir bukan dia seorang yang perlu pakai (barang terbabit).

“Nasihat saya, jangan ambil topeng penutup muka dan hidung, cecair pembasmi kuman mahupun sarung tangan kerana ia adalah kegunaan penting untuk barisan hadapan. Keutamaan adalah untuk mereka di barisan hadapan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 hari ini.

Beliau berkata demikian  mengulas isu yang tular di media sosial di mana seorang wanita yang berkongsi gambar beberapa kotak topeng penutup hidung dan mulut yang dikatakan diambil di hospital.

Malahan wanita tersebut  bertindak menjual topeng penutup mulut dan hidung itu di Facebook miliknya.

Hospital Serdang dilaporkan akan memulakan siasatan terperinci mengenai perkara tersebut.-MalaysiaGazette