LONDON – Tottenham Hotspur mengesahkan penyerang, Son Heung-min akan menjalani program khidmat negara selama empat minggu di Korea Selatan bulan ini.
Kelab itu memaklumkan berita itu dalam satu kenyatan di laman web.
“Son akan kembali ke London selepas menamatkan khidmat wajib itu pada Mei,” kata Tottenham.
Heung-min kembali ke negaranya baru-baru ini susulan Liga Perdana Inggeris ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 dan dalam tempoh pengasingan selama dua minggu.
Bintang Korea Selatan itu mengambil peluang untuk menjalani khidmat ketenteraan yang diwajibkan kerajaan sebelum kembali ke London bulan depan selepas bola sepak Inggeris dijangka tidak bersambung dalam tempoh terdekat ini.
Heung-min mengalami kecederaan patah tangan ketika kemenangan Tottenham di Aston Villa pada Februari kini semakin pulih selepas melakukan pembedahan di Seoul.
Pemain 27 tahun itu sepatutnya menjalani program khidmat ketenteraan selama 21 bulan, tetapi dia mendapat pengecualian pada tahun 2018 kerana membarisi skuad Korea Selatan ketika memenangi Piala Asia di mana Spurs melepaskannya di pertengahan kempen 2018-19. – MalaysiaGazette