Home Nasional Lucut kelayakan ADUN Pujut, SPR mesyuarat Jumaat ini

Lucut kelayakan ADUN Pujut, SPR mesyuarat Jumaat ini

Kertas undi awal tidak dikira awal seperti tular dalam media sosial
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut berikutan perlucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya, Dr. Ting Tiong Choon oleh DUN Sarawak.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, mesyuarat berkenaan dijadualkan akan berlangsung pada Jumaat ini di Ibu Pejabat SPR Putrajaya.

“Mesyuarat khas itu akan membincangkan semua perkara berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pujut,” kata Mohd. Hashim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan SPR telah menerima surat pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung kekosongan kerusi DUN berkenaan hari ini.

Jumaat lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Negeri Sarawak, Datuk Sri Wong Soon Koh mengemukakan usul mendakwa Tiong Choon hilang kelayakan sebagai wakil rakyat kerana memperoleh ada kewarganegaraan Australia..

Wong yang juga ADUN Bawang Assan berkata, berdasarkan perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.

Bekas ADUN Pujut itu telah memegang kerakyatan Australia selama lebih enam tahun sejak 20 Januari 2010.

Bagaimanapun, selepas namanya disebut-sebut bakal menjadi calon mewakili DAP pada Pilihanraya Negeri Sarawak, beliau kemudiannya menggugurkan kerakyatan Australia pada 4 April 2016 iaitu sebulan sebelumnya.

Penyingkiran wakil DAP itu bakal menyaksikan PRK bagi kerusi Pujut – MalaysiaGazette