Home Nasional Hasil Care Line LHDNM ditutup sementara esok untuk kerja sanitasi

Hasil Care Line LHDNM ditutup sementara esok untuk kerja sanitasi

Lembaga Hasil Dalam Negeri

KUALA LUMPUR – Premis Hasil Care Line (HCL) di Bangi, Selangor akan ditutup esok bagi tujuan kerja-kerja sanitasi dan pembersihan premis.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), dalam tempoh penutupan sementara itu, operasi HCL akan dibantu oleh Hasil Recovery Call Centre (HRCC) yang terletak di Kuching, Sarawak.

“Akan tetapi kelewatan dalam melayani setiap panggilan adalah dijangka dan LHDNM memohon maaf atas sebarang kesulitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan isu-isu percukaian dan perkaraperkara berkaitan juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui talian 03-8911 1000 atau mengemukakan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Selain itu, pertanyaaan juga boleh dikemukakan melalui media sosial rasmi LHDNM iaitu Facebook (https://www.facebook.com/LHDNM) dan Twitter (https://twitter.com/LHDNMofficial). – MalaysiaGazette