Home Sukan Thomas Muller sambung kontrak bersama Bayern Munich sehingga 2023

Thomas Muller sambung kontrak bersama Bayern Munich sehingga 2023

Muller semalam menandatangani kontrak baharu yang akan mengekalkannya bersama Bayern sehingga 2023.

BERLIN – Thomas Muller terus setia bersama Bayern Munich apabila  melanjutkan kontraknya sehingga 2023 semalam.

Muller membuat 500 penampilan bersama Bayern dan menjaringkan 195 gol dalam semua perlawanan bersama kelab itu.

Presiden Herbert Hainer menyifatkan Muller sebagai pemain legenda dan hero bandaraya Munich.

“Saya sangat gembira selepas mendengar berita yang mengesahkan dia menandatangani kontrak baharu bersama Bayern.

“Muller merupakan hero dan simbol rasmi Bayern Munich kerana mengorbankan kariernya bersama kelab ini dan menyerlah semula di bawah jurulatih Hansi Flick.

“Dia pemain luar biasa dan saya rasa Muller adalah aset milik FC Bayern seperti mana Oktober Fest dikaitkan dengan bandaraya Munich,” katanya.

Pada November lalu Muller mempertimbangkan untuk meninggalkan kelab itu selepas kurang mendapat perhatian bekas jurulatih kelab itu, Niko Kovac.

Namun dibawah kendalian Flick, dia kembali menemui sentuhannya dengan menjaringkan enam gol. – MalaysiaGazette