KUALA LUMPUR- Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr. Noraini Ahmad sepatutnya memberikan perhatian serius terhadap soal kebajikan mahasiswa yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan bukannya sibuk menganjurkan pertandingan TikTok.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir juga menyifatkan Noraini tidak sensitif terhadap nasib pelajar yang terkandas di asrama dan rumah-rumah sewa akibat PKP.
Ujarnya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seharusnya memandang serius soal kebajikan pelajar dan bukannya menyerahkan bulat-bulat hal tersebut kepada pihak institusi ataupun badan-badan bukan kerajaan (NGO).
“Saya juga ingin menyarankan agar KPT membentangkan langkah-langkah yang akan diambil bersama pihak-pihak universiti bagi menghadapi musim pasca-PKP bagi memastikan perjalanan baki semester yang terurus dan teratur.
“Misalnya, Menteri harus peka dengan bahan pengajaran secara atas talian (terutamanya yang memerlukan amali atau praktikal) dan juga cabaran capaian internet yang dihadapi khususnya oleh pelajar-pelajar di luar bandar ekoran langkah yang diambil oleh sesetengah universiti untuk menghabiskan baki semester yang tertangguh melalui kelas dalam talian (online lecture),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Ketua AMK Keadilan itu lagi, KPT bersama IPT perlu mengenal pasti pelajar-pelajar yang akan terkesan daripada keputusan ini dan segera menawarkan bantuan yang sewajarnya.
Semalam netizen melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kempen Tik Tok yang dianjurkan KPT bersama dua ‘social media influencer’.
Noraini juga dilihat muncul dalam satu video ringkas yang dikongsi di laman Twitter. – MalaysiaGazette
Bnyk lg perkara penting yg nk dikecohkan..bkn tik tok tu blh memudaratkan org lain pun..benda tu bkn dipaksa buat hanya sekadar hiburan sementara..x yh nk serius sgt phd4pig oiii..benda cmtiu pun kau nk politikkan…suruh pengikiut2 phd4pig tu patuh arahan kerajaan jgn degil dan pentingkan diri sendiri.. STOP MAIN POLITIK TU TIKTOK OK
Lagho….
Suruh budak ni solat hajat lagi baik.. jgn pulak gi kuil sikh waiman apa sbb lh mcm tahun lpas…
Eleh.. Kawan dia kat kuantan tu sebar berita palsu taknak lak tegur..
Dia ni Dan kawan2 PH dah xde keja lain
Memang kepandain n kemahiran mereka mengkritik n menjatuhkan org lain..hanya mrk yg pandai pd mata sendir n penyokong2 bodoh mrk
Paling bagus sifat dengki mrk utk menjatuhkan bangsa sendiri