Home Nasional Tiga stesen MRT jalani proses sanitasi awam

Tiga stesen MRT jalani proses sanitasi awam

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap sedia membuat kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 di MRT Stadium Kajang, Kajang, Selangor.foto AFFAN FAUZI, 09 APRIL 2020

KAJANG – Selepas membuat operasi proses sanitasi di kawasan awam seperti masjid, surau dan sekolah, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia kini memfokuskan kepada kawasan-kawasan perkhidmatan awam tumpuan ramai seperti stesen-stesen keretapi di sekitar zon merah di Hulu Langat.

Bomba dan Penyelamat Malaysia hari ini melakukan proses nyahcemar di tiga stesen Transit Aliran Massa (MRT) jajaran Sungai Buloh–Kajang.

Ia meliputi stesen MRT Kajang, Stadium Kajang, dan Sungai Jernih.

Operasi yang dianggotai 64 peserta itu terdiri daripada 29 anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia, 13 anggota Rescue Bencana Malaysia, enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika membuat kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 di MRT Stadium Kajang, Kajang, Selangor.foto AFFAN FAUZI, 09 APRIL 2020

Turut serta adalah 11 pekerja Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), masing-masing seorang daripada Jabatan Penerangan dan pihak pengurusan MRT, dua pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Operasi nyahcemar ini diketuai Komander operasi, Ketua Zon 4 Selangor, Shahrin Yusmar Mat Yusof dan tamat jam 1 petang.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika membuat kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 di MRT Stadium Kajang, Kajang, Selangor.foto AFFAN FAUZI, 09 APRIL 2020

Untuk rekod, Kajang mencatatkan sejumlah 101 kes positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Selain Kajang, Hulu Langat juga mencatatkan 101 kes, Ampang (57 kes), Cheras (45 kes), Beranang (11 kes) dan Semenyih (9 kes). -MalaysiaGazette