Home Ekonomi Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi MPOB

Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi MPOB

Ahmad Jazlan Yaakub

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang baharu berkuatkuasa semalam.

Pelantikan itu diumumkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, pengurusan MPOB yakin Ahmad Jazlan yang juga bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mampu menerajui Lembaga MPOB untuk meneruskan agenda pembangunan mampan industri sawit negara.

Katanya, industri sawit adalah komoditi perladangan terbesar dan ia merupakan antara penyumbang utama pendapatan eksport negara.

“Dengan keluasan tanaman mencecah 5.9 juta hektar dan penglibatan pekebun kecil yang menyumbang 40% daripada pengeluaran minyak sawit negara, kemajuan industri sawit meningkatkan taraf sosio ekonomi pekebun kecil dan penduduk luar bandar,” kata Ahmad Parveez dalam kenyataan di sini.

Ahmad Jazlan menggantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang berkhidmat sebagai Pengerusi MPOB sehingga 31 Mac 2020.

Pengurusan MPOB turut merakam ucapan terima kasih kepada Tan Sri Mohd Bakke atas sumbangan beliau selama berkhidmat sebagai Pengerusi MPOB. – MalaysiaGazette