Home Politik Anwar nafi terlibat dalam Freemason

Anwar nafi terlibat dalam Freemason

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beliau adalah ahli kanan gerakan Freemason.

Beliau berkata demikian mengulas isu surat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa penglibatannya dalam gerakan berkenaan dalam suratnya kepada gerakan Islam baru-baru ini.

Menurutnya, ia adalah fitnah dan hairan kenapa orang seperti Abdu Hadi mudah mempercayai dan menyebarkan fitnah sedemikian, katanya dalam video yang dimuatnaik dalam media sosialnya malam tadi.

“Sebagai seorang ulama yang disegani dan sosok yang faham etika dan akhlak Islam, tak sepatutnya fitnah ini datang dari beliau,” ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Malah menurutnya, nama Anwar Ibrahim yang tersenarai dalam sebagai ahli seperti yang ditularkan sejak tahun 2006 dalam media sosial bukanlah dirinya.

Malah beliau turut memuatnaik gambar orang yang bernama Anwar Ibrahim yang menjadi ahli Freemason berkenaan.

“Takkan saya pada pandangan dia (Abdul Hadi) subur macam itu pada tahun 2006,” sinisnya.

Justeru, Anwar berkata, pihaknya akan menulis surat kepada gerakan Islam tidak lama lagi bagi menjawab dakwaan Abdul Hadi seterusnya menafikan penglibatannya dalam Freemason.- MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Siapa tak kln anwar..lidah bercabang..kami lbh rela pcya haji hadi drpd anwan yg gila kuasa tu…sudah lh nuar..ko mpus dlm angan2 calon pm je lah..kesian kat ko aku tgok…sudah2 lh nuar ko main politik..ko main belakang je yg sesui dgn ko…ko dn puak dap kafir akn hncur tersunkur tak lama lg..tggu dn lihat lh..kuasa Allah mgatasi kuasa ko lh bekas bnduan..

  2. Khabaree Kang Anuar, Wong Renggit naang kanee waras-waras waei..Kang Anuar! wong edan seng jenengei Hadi ojoo di lawan baanget deaa kuea tenannae wes penggor. Kuea ngawee hal muu jogo pakatan muu . Ok mogoo di perengii waras karoo seng kuosoo..

  3. Banyak “Old Boys” (MCKK) dan juga sesetengah kerabat di raja,Datuk2,Tan Sri2, Datuk Seri2, Tun2 dan juga Pegawai2 Tertinggi kerajaan adalah ahli Freemason. Cuma orang yang menuduh tu menunjukkan kejahilanya ,seperti katak bawah tempurung. This is an “open secret”. Sama seperti oranv jahil baru celik politik yang tak tahu bahawa banyak Pegawai kerajaan adalah bersimpati dengan Syiah ataupun pengamal Syiah (versí Malaysia). DiMalaysia “Freemason” cuma satu kelab “Elit” yang tidak mengamal fahaman karut seperti Freemason “ori” di Britain/Perancis. DiMalaysia ni mereka sokong menyokong satu sama lain. Jadi orang “Jakun” saja yang akan terngangga mulut, terbeliak mata bila bincang pasal Freemason Malaysian Chapter. Orang Islam sepatutnya lebih berhati2 takut dengan “Rotary International” dari Freemason versi Malaysia.
    Untuk pengetahuan semua yang sudi baca – Isu Freemason di Màlaysia bermula dengan Al-Marhom Tengku Abd. Rahman. Rumah kelab mereka terletak di Pulau Pinang ,Western Road. Bila orang2 Melayu yang celik Islam membuat bising, kelab Freemason sah ditutup, itupun bukan dengan serta merta, makan masa bertahun2 juga. Dan Freemason pun bergerak secara “underground”.
    Saya tak berani nak tuduh seseorang sebagai Freemason ataupun tidak. Itu fitnah namanya melainkan kita diperkenalkan nama ahli2 mereka yang resmi. Tetapi klau orang Islam Melayu yang berakal dia sepatutnya lebih takut “Rotary International”. DiMalaysia ni tujuan mereka menyebarkan fahaman liberal,Kristian dan Atheist.
    Apalah Melayu punya bodoh dok asyik2 nak fitnah sesama bangsa sendiri.

  4. Di Kota Kinabalu Ada 2 gereja freemason Di tengah Bandar dan Di bukit berhampiran mahkamah negeri. Di Tawau Sandakan Labuan pun Ada, di KL bersepah gereja freemason dengan ahli dari golongan professional dan ahli perniagaan yang menyokong satu sama lain.
    Kisah Anwar Sebagai Ketua freemason Asia bukan baru seawal 1994 lagi, mau temberang kata tiada.
    Dulu tahun 1988 heboh TM Daim Rafidah dan beberapa lagi elite Melayu hadir ke gereja freemason Di KL untuk initiation. Kasihan Polis Special Branch dibuang kerja kerana lapuran ini.
    Lagi mau nafikan… Sungguh elite Melayu mahu memperhambakan orang Melayu Islam, apa kah nasib rakyat jelata.
    Tu pasal G25 atau G48 kutuk orang Melayu saja, rupa2nya dah masuk dalam golongan gila kuasa.

Comments are closed.